REMAJA DILANGGAR ETS

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

Jitra: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dilanggar perkhidmatan tren elektrik (ETS) ketika dia dipercayai cuba melintasi landasan itu di Kilometer 114, Kodiang ke Anak Bukit di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berhampiran Megat Dewa kira-kira 4.30 petang itu, mangsa terseret sejauh beberapa meter akibat dilanggar tren berkenaan.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan hanafi berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kita hanya menerima maklumat mengenai seseorang melintas trek secara haram kerana ada kesan pagar dipotong di kawasan kejadian.

"Berikutan itu, operasi ETS tergendala selama 30 minit untuk pemeriksaan dan laporan keselamatan sebelum dibenarkan bergerak semula seperti biasa," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Selepas menerima laporan penemuan mayat di trek ETS, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu dikejarkan ke lokasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 8:37 PM

Anggota polis melakukan pemeriksaan di tempat kejadian serta mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hopsital. - Foto Ihsan Pembaca

Scan QR KOD

Mobile Version

Pautan

Lambang Kedah kecikmscmampu1gov

Media

 

Video Audio

not functioning!


       

 

Pelawat

170718
Hari IniHari Ini29
SemalamSemalam33
Minggu IniMinggu Ini209
Bulan IniBulan Ini510
KeseluruhanKeseluruhan170718

Kemaskini

Tarikh
General update: 23-02-2017 03:41