Perutusan

Written by Super User. Posted in Profil

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah yang terlibat sama ada secara langsung dan secara tidak langsung sehingga terhasilnya Laman Web Daerah Kubang Pasu.
Semoga laman web ini akan dapat dijadikan sebagai salah satu tempat rujukan untuk mengetahui perkembangan isu-isu semasa pembangunan Daerah Kubang Pasu
Selain daripada itu, jadikanlah laman web ini sebagai platfom untuk memberi sumbangan yang boleh memberi penambahbaikan sistem pentadbiran dan pengurusan Daerah Kubang Pasu demi kesejahteraan rakyat di Daerah Kubang Pasu khususnya dan Negeri Kedah amnya.
Janganlah ada diantara kita menjadikan laman ini sebagai medan untuk menunding jari mencari kelemahan dan kesalahan sesama kita semata-mata kerana sikap sebegini hanya akan merugikan kita dan secara tidak langsung akan memberi impak yang buruk masyarakat luar terhadap kita. Ibarat kata peribahasa “meludah kelangit akan jatuh ke muka sendiri”.
Semangat “Yang Ringan Sama Dijinjing, Yang Berat Sama Dipikul” merupakan amalan yang sihat dan wajar menjadi amalan kita bersama dalam usaha mencari kesejahteraan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat.
Selamat melayari laman web Pejabat Daerah Kubang Pasu semoga laman ini akan memberi ilmu yang akan memberi manafaat kepada kita semua, InsyaAllah.
Wassalam Dari Saya
[MOHD FISOL BIN MD NOH,SDK.,AMK.,BCK.]

 

Scan QR KOD

Mobile Version

Pautan

Lambang Kedah kecikmscmampu1gov

Media

 

Video Audio

not functioning!


       

 

Pelawat

168874
Hari IniHari Ini2
SemalamSemalam33
Minggu IniMinggu Ini116
Bulan IniBulan Ini642
KeseluruhanKeseluruhan168874

Kemaskini

Tarikh
General update: 23-02-2017 03:41