LATAR BELAKANG

Written by Super User. Posted in Profil

LATARBELAKANG PEJABAT DAERAH KUBANG PASU

Pejabat Daerah Kubang Pasu diketuai oleh Pegawai Daerah yang dilantik oleh kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Beliau dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah, 2 orang Penolong Pegawai Daerah iaitu Penolong Pegawai Daerah 1 (pentadbiran), Penolong Pegawai Daerah 2 (Pembangunan). Selain mengetuai pentadbiran jabatannya, Pegawai Daerah juga bertanggungjawab untuk merancang projek-projek pembangunan diperingkat daerah dengan bantuan jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat diperingkat daerah. Daerah Kubang Pasu terdapat 56 jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Daerah Kubang Pasu mempunyai 21 mukim yang dijaga oleh 19 orang penghulu. Mukim-mukim ini ialah Jitra, Naga, Tunjang, Padang Perahu, Ah, Putat, Keplu, Jerlun, Jeram, Sanglang, Temin, Pelubang, Bukit Tinggi, Wang Tepus, Sungai Laka, Gelong, Malau, Binjal, Hosba dan Kubang Pasu. Segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan projek-projek pembangunan di dalam daerah akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan. Pegawai Daerah Kubang Pasu juga bertugas sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu.

Sebelum perang hingga ke akhir 70 an Pejabat Daerah Kubang Pasu menggunakan bangunan berkayu dan berkongsi dengan Mahkamah Majistret Jitra. Bangunan baru siap dibina pada tahun1980 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh KYDMM Tuanku Sultan Kedah pada 22.1.1980. Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Kebajikan Kubang Pasu dan Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu juga ditempatkan di Komplek Pejabat Daerah ini.

Sehingga hari ini Daerah Kubang Pasu sudah ada 34 Pegawai Daerah. Pegawai Daerah pertama ialah Che Shuib b. Hj. Md. Zain (1912) dan Pegawai Daerah sekarang adalah Dato’ Haji Noh Bin Haji Dahya (2010-sekarang). Pejabat Daerah Kubang Pasu telah dipindahkan ke Kompleks Pentadbiran baru di Paya Kemunting yang bernilai RM39.8 juta. Kompleks 3 blok ini menempatkan Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dan Dewan Utama.

Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 19.5.2003.

Scan QR KOD

Mobile Version

Pautan

Lambang Kedah kecikmscmampu1gov

Media

 

Video Audio

not functioning!


       

 

Pelawat

170719
Hari IniHari Ini30
SemalamSemalam33
Minggu IniMinggu Ini210
Bulan IniBulan Ini511
KeseluruhanKeseluruhan170719

Kemaskini

Tarikh
General update: 23-02-2017 03:41